Posts Tagged ‘wayang’
Review Citer Wayang: Congkak
Lama jugak tak update blog Laadvamore ni. Sedar tak sedar, dah hampir setahun dah rupanya blog ni online. Minggu depan nak kena renew dah domain name laadvamore.com nih. Actually ada banyak perkara sebenarnya telah dirancang untuk memeriahkan lagi blog ni. Tapi tak berapa sempat nak update kerana kekurangan masa dan fokus. Insya’ Allah lepas ni aku akan usahakan untuk menulis dalam blog ni.
Bulan lepas, kitorang pergi tengok wayang cerita "Congkak" kat GSC One Utama. Memandangkan cerita ni diarahkan oleh orang yang sama yang buat cerita Jangan Pandang Belakang yang kitorang tengok dulu, kitorang punya expectation pun tinggi lah. Kepada sesiapa yang belum menonton cerita ni lagi, mari kita lihat trailer cerita Congkak ni dulu:
Okay tak trailer “Congkak” ni? Memang best dan mengujakan, betul tak? Biar aku kasi sinopsis sikit la, cerita ni mengisahkan tentang satu keluarga yang berasal daripada kota KL. Diorang ni baru beli satu rumah percutian yang diorang tak pernah pergi pun. So, memang bersemangatlah si ayahnya nak pergi bercuti kat kampung sebab si ayahnya berasal daripada kampung sebelum berjaya menjawat jawatan tinggi kat sebuah syarikat ni.
Cerita ni panjang sangat, nak dipendekkan cerita, diorang ni berhadapan dengan pelbagai rintangan la sepanjang berada dalam rumah tu. Kemudian banyak perkara lagi la yang diorang ni alami.Banyak la jugak adegan-adegan yang terkejut dalam cerita Congkak ni. Tapi yang kelakarnya, special effect ala-ala cerita cina kungfu, boleh terapung terbang-terbang semua tu..
Akhir cerita, diorang ni rupanya dah pergi rumah yang salah. Nasib baiklah cerita ni bukan mimpi macam cerita yang kitorang tengok sebelum ni.
Review Citer Wayang: Anak
(Amaran: Entri blog ini mengandungi spoiler yang mungkin mempengaruhi keputusan anda untuk menonton wayang ini)
Pada Ahad lepas, aku dan LV pergi ke Bukit Raja Shopping Kompleks dengan satu tujuan murni iaitu menonton cerita wayang Melayu. Sangkaan kitorang citer Anak ni mesti best la sebab pelakon dia pun bukan calang-calang orang, Erra Fazira dengan Ida Nerina tu. Sebelum wayang ni bermula, ada iklan cerita ‘Congkak’ daripada produser citer ‘Jangan Pandang Belakang’. Kitorang dah plan nak pergi tengok jugak citer tuh nanti.
Cerita Anak ni bermula dengan Nita (Erra Fazira) sedang mencari rumah sewa di sebuah apartment. Nita mempunya seorang saudara rapat bernama Kay (Ida Nerina). Kay ni seorang model ternama yang hidup mewah tetapi sedang menghadapi krisis kerjaya yang semakin menurun. Daripada sedutan babak-babak dalam cerita ni, memang banyak kali la dia tunjukkan Nita ni mengalami mimpi-mimpi yang mana dia nampak budak kecik bermata putih. Pastuh ada babak-babak flashback pasal apa yang berlaku yang menyebabkan Nita ni mengalami gangguan-gangguan ni.
Rupa-rupanya si Kay ni punya kerja yang menyebabkan si Nita ni mengalami gangguan mental ni. Dalam cerita ni ada watak Doktor lakonan seorang pelakon lelaki Indonesia yang agak kacak. Kemain lagi dia peluk-peluk si Nita ni..hehe..Dipendekkan cerita, si Kay ni amalkan ilmu hitam yang guna janin untuk mengekalkan wajahnya yang muda remaja. Akhirnya si Kay ni mati kena kejar dengan hantu budak tu. Orang-orang yang terlibat dalam menjadi dalang kematian/pengguguran janin hasil daripada komplot rogol dengan Kay tu pun mati jugak.
Penamat cerita ni merupakan saat-saat di mana ada kekecohan jugak la dalam panggung wayang hari tu. Rupa-rupanya semua ni MIMPI!. Teringat ada cerita seram arahan Prof. Madya A. Razak Mohaideen yang semua benda-benda seram hantu semua tu mimpi belaka.
Buat penat jer tengok!! ;-p