Gambar Citrawarna 2008 Update
Update gambar-gambar Laadvamore daripada Citrawarna 2008 di Putrajaya tempohari.
Update gambar-gambar Laadvamore daripada Citrawarna 2008 di Putrajaya tempohari.
Setelah lebih seminggu berlatih untuk acara Pelancaran Citrawarna 2008 di Dataran Putrajaya, akhirnya berakhirlah sudah upacara yang gilang-gemilang pada malam Sabtu 24hb Mei yang lepas. Sambutan ternyata memang menggalakkan cuma hujan rintik-rintik pada penutup upacara (konsert) telah menyebabkan ramai yang bergegas pulang. Namun Citrawarna 2008 yang dijayakan oleh 1,500 penari-penari dari serata tempat sememangnya merupakan hiburan keluarga yang cukup istimewa.
Kumpulan daripada Prisma Seni UiTM Shah Alam yang salah seorangnya dianggotai oleh Laadvamore telah dijemput untuk menyertai Citrawarna 2008 pada tahun ini. Enjoy their performance:
Sekiranya anda terlepas menonton siaran langsung live di TV 1, rakamannya boleh ditonton di sini:
Ini adalah rakaman yang diambil dari dari kaca mata pengunjung yang datang sewaktu lagu Bunga Pelangi sedang rancak dinyanyikan:
Untuk galeri gambar dan juga video-video yang telah kami rakamkan, bolehlah lawatinya menggunakan link di bawah:

Citrawarna kembali lagi tahun ini! Tahun lepas menyaksikan penyertaan LV dalam acara yang penuh gilang gemilang bertempat di Putrajaya. Antara liputan yang kami telah buat:
Tahun ini, LV akan turut lagi terlibat dalam Citrawarna 2008. Update akan dibuat dari semasa ke semasa jadi jangan lupa berkunjung lagi ke laman web LV ni ye?