Archive for the ‘Acara’ Category

PostHeaderIcon ::: Experience in handling seminar for nurses :::

Halo..kelmarin n smlm (31 jan & 1 feb 2009) company yg I tgh praktikal ni ada buat event iaitu seminar utk nurse @ Holiday Villa Subang Jaya.  Seminar ni di hadiri oleh 21 participants.  Participants dari pelbagai negeri dan hospital.  Seminar ni start dr pukul 9 pagi - 5 petang.  Bukan I sorang je yg tlibat utk handle seminar ni, tp ada 2 org lg kawan I yg 1 tmpt praktikal ngn I.

We all x de la keja sgt pun.  Hehe.. Cuma kene cek betul2 la bayaran sumer dh diterima dari participants, setting projector, guide participants time they all nak pegi mkn..erm, mcm tu je la keja we all.  Oh, lupa pulak..fee yang perlu dibayar by every participants is RM688.  Dari apa yg I tau, every nurse yg terlibat dgn seminar ni, boleh jalani proses kenaikan pangkat sbb bila dah attend seminar ni dorang boleh dpt points.  I nak cerita lebih2 pn psl hal ni, I pn x brp arif sgt..So, x nak la citer lebih2, hehe..takut salah info pulak.

Dari apa yg I baca respon participants, dorang sgt berpuas hati dgn seminar ni.  Dorang kata speaker pun bagus n pandai tarik perhatian participants utk dgr ceramah.  Yela, bukan ceramah je tp diselitkan jgk dgn game & aktiviti yg boleh mendatangkan manfaat.  Speaker pn berpengalaman dlm bidang nurse & jugak bg ceramah, so..of course la dia dh tau selok belok utk tarik perhatian audience kan.

So, utk next seminar..will held on 14 & 15 Februari 2009 jugak di Holiday Villa Subang Jaya.  Five star hotel tu, bukan main2 tau.  Company ni nak target lagi byk hospital utk hantar lg byk participants.  Well, if lg byk participants, lg byk la aktiviti yg boleh diadakan & boleh la tambah hari lg utk sesi pembelajaran since ada komen yg ckp boleh tambah lg aktiviti if masa cukup.

OK lah, sampai sini dulu..c you soon!

P/S:  I ada sertakan beberapa keping gmbr yg I amek time seminar tu..

PostHeaderIcon Potensi Peluang Kerjaya Dalam Bidang Pengiklanan

Pada 13 August 2008 yang lalu, satu ‘talk’ oleh sebuah akademi pengiklanan 95% The Advertising Academy telah diadakan di pejabat mereka bertempat di Bangsar. Iklan mereka yang ditulis dalam Bahasa Inggeris “Here’s how you can get a job in advertising paying you a salary of RM2,300. Guaranteed.” telah menarik perhatian kami untuk datang mendengar taklimat mereka.

Memandangkan Laadvamore merupakan seorang pelajar dalam bidang pengiklanan, kami (Ashrufzz dan LV) telah mengambil peluang ini untuk menghadiri taklimat selama 2 jam. Ternyata, taklimat mereka mempunyai banyak pendedahan bagi mereka yang berminat untuk menceburi bidang pengiklanan walaupun telah berada dalam bidang lain.

Pejabat 95% The Advertising Academy
Pejabat 95% The Advertising Academy
 

Hadirin taklimat oleh The 95% The Advertising Academy
Hadirin taklimat oleh The 95% The Advertising Academy
 

Taklimat bermula pada jam 2.30 dengan pembukaan disampaikan oleh Janet Lee, salah seorang daripada pengasas 95% The Advertising Academy.

Janet Lee sedang memberikan sepatah dua kata
Janet Lee sedang memberikan sepatah dua kata
 

Janet berkongsi pengalaman beliau dalam bidang pengiklanan. Sememangnya kerjaya dalam pengiklanan mempunyai banyak onak dan duri tetapi itu tidak mematahkan semangat beliau yang telah menceburi bidang ini selama hampir 20 tahun.

The Welcome to Advertising Slide Show
The Welcome to Advertising Slide Show
 

Slide-show yang ditampilkan semasa taklimat amatlah simple.

Shaikh Shahnaz Karim - salah seorang tenaga pengajar di 95% The Advertising Academy
Shaikh Shahnaz Karim - salah seorang tenaga pengajar di 95% The Advertising Academy
 

Shaikh Shahnaz Karim adalah daripada bidang Teknologi Maklumat (IT). Beliau membuat keputusan untuk menceburi bidang pengiklanan setelah mendapati industri yang beliau ceburi pada ketika itu agak membosankan.

Tujuan sebenar taklimat ini diadakan adalah untuk memperkenalkan dunia pengiklanan dan juga membuka peluang kepada mereka yang gemarkan bidang pengiklanan walaupun daripada bidang yang berbeza untuk sama-sama memasuki bidang yang dikatakan berwarna-warni ini. Dikatakan, hanya bidang pengiklanan sahaja satu bidang yang menjadi penghubung kepada segenap jenis industri yang ada di pasaran kerana setiap industri memerlukan pengiklanan untuk menyampaikan mesej mengenai tawaran perkhidmatan ataupun produk mereka.

Jumlah agensi pengiklanan di Malaysia
Jumlah agensi pengiklanan di Malaysia
 

Terdapat kira-kira 130 - 150 agensi pengiklanan di Malaysia. Industri pengiklanan di Malaysia mempunyai pasaran yang bernilai RM5 juta, bukan suatu angka yang kecil. Ini membuktikan bahawa peluang dalam bidang pengiklanan kini semakin terbuka luas dengan adanya media elektronik yang semakin berkembang dengan pesatnya masa kini.

Buat masa ini program yang mereka tawarkan mempunyai 3 posisi; 1)Copywriter 2) Strategic Planner 3) Account Executive. Program ini mempunyai kos sebanyak RM15,000 seorang selama 6 bulan. Kelas diadakan 2 kali seminggu pada sebelah petang selepas waktu pejabat. Namun yang demikian, peserta yang layak adalah dijamin gaji sebanyak RM2,300 sebulan.

95 percent Advertising Agency Hydrogen program
95 percent Advertising Agency Hydrogen program
 

Sepanjang taklimat ini, pelbagai video iklan ditunjukkan untuk memberikan mereka yang hadir pelbagai perspektif dalam bidang pengiklanan. Malaysia dikatakan mempunyai bakat menghasilkan iklan bertaraf antarabangsa. Antara kejayaan Malaysia termasuklah merangkul beberapa anugerah daripada Cannes Lions festival. Anugerah Kancil Awards juga kini semakin meriah dan mendapat sambutan industri tempatan. Ini merupakan perkembangan sihat bagi industri pengiklanan Malaysia.

Untuk mendapat maklumat lanjut mengenai program ini, anda bolehlah melayari http://enter95percent.blogspot.com/ ataupun http://www.rise67.com. 95 % The Advertising Academy mempunyai gandingan utuh bersama-sama the Association of Accredited Advertising Agents Malaysia bagi mewarnai industri pengiklanan di Malaysia.

PostHeaderIcon Gambar Citrawarna 2008 Update

Update gambar-gambar Laadvamore daripada Citrawarna 2008 di Putrajaya tempohari.