Archive for November, 2008

PostHeaderIcon :: Move it! Move it! ::

Hai sumer! hopefully sumer sihat-sihat la belaka ek..alhamdulillah i sihat..haaa, jgn fikir i nak wt review filem Madagascar 2 pulak ek..hehe..sebenarnya kali ni i nak citer pasal i akan berpindah rumah sewa baru ke Subang ss12, insyaAllah bulan depan (Dec 2008).  So, at last i akan berpindah juga dari umah sewa i yg skrg.

Hurmm, mata ni sebenarnya dah mengantuk..tp saja la tiba2 rasa bersemangat pulak i nk update blog ni..so, xpela..b4 i masuk tido..saja la nk bcerita ngn korang sket psl life i skrg ni.

As what I’ve told u b4, I will move to Subang ss12 by next month.  So, dis month is my last month duduk Seksyen 7 Shah Alam ni..actually i bukan la saja2 nak pindah umah.  Leceh sebenarnya nk pindah randah ni..tp, disebabkan i nak duduk dekat dgn ofis praktikal i..so, i pn amek la keputusan ni.  I rasa decision i ni dh cukup bagus dah.  Yelah, boleh tahan jauh jgk la bg perempuan yg mcm i ni utk berulang alik dari Seksyen 7 sh alam tu ke Subang.  Tambah2 pulak i xde transport sendiri.  Lagi la susah.  Yg ada pn moto je lah.  So, bayangkan la klu hujan @ i kene blk kerja tgh mlm ke..ish! susah nnt..so, i rasa better i pindah je, and sewa blk kt area2 yg dh dekat dgn ofis praktikal i tu nnt.

Dari rumah sewa i ss12 nak ke ofis praktikal i just take around 10minutes.  Dekat kan..? tambah2 i ni bawak moto nnt, siap rempit lg…hehehehe..lg la cepat smpai kan..

This week i dh nk start nak pindahkan barang2 ke umah sewa baru sbnrnya.  So, i igt esok i nak start packing drpd pagi..so, senang la sket.  Takdelah amek byk masa nnt.  Tapi yg i terpikir nnt mcm mana i nk setup kan blk br i nnt kt Subang tu.  Duduk Subang ni, i duduk umah teres.  Blk pn i kene share.  I sbnrnya mmg nk duduk bilik sorang.  Kurang best sbnrnya utk share2 ni.  Tp xpelah…nak wt cmner kan.  Tak mampu lg.

K la, I rasa smpai sini dulu coretan i k..dh ngantuk sgt dh ni..Gd nite!  Cau cin cau!  :-P

PostHeaderIcon ** Hati Seorang Wanita **

Hai semua..mmg dh lama sgt i x update blog nih..bukan ape, kadang2 idea dtg x kena tempat. sllu nya ada idea time i bukan depan laptop..hehe…tp kali ni, i ada idea utk menulis setelah tgk Wanita Hari Ini dan topik yang dibincangkan merupakan kes Abby Abadi dan Norman Hakim.  Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.  Pepatah ni la yang sesuai utk Abby skrg ni.  Sbb rata-rata msyrkt mmg turut simpati di atas apa yang berlaku terhadap Abby Abadi.  Even kita sendiri x tau kebenaran tapi bg i, skrg ni dh 80% kita nmpak salah tu datang drpd Norman Hakim tu sendiri.  Bagi i, Abby mmg seorang wanita yang tabah.  Kalau dia x setabah skrg ni, agaknya x tau la apa yg akan jadi dekat dia.  Yelah, sebagaimana yang kita tau, Abby baru sahaja melahirkan baby ke-3.  Dan yang i tau, Abby skrg ni betul2 baru habis pantang.  Kesian i tgk si Abby tadi dalam WHI.  Kadang2 dia ok, nmpak kuat.  Tp, kadang2 dia mcm kehilangan kata2 utk jawab segala pertanyaan pengacara WHI tu.  Muka Abby nampak terlalu tertekan.  Terngiang-ngiang lg ayat yg terkeluar dr mulut Abby.  Abby kata dia dalam keadaan “tawa dalam tangisan” sekarang ni.

Bila i tgk prgrm tu tadi, i teringat kes salah seorang kawan i time sekolah dulu.  Kawan i ni juga bagi i mmg seorang yang tabah.  Hmm, bayangkan lah si suami rupanya dah bernikah dengan perempuan lain seminggu awal sebelum bernikah dengan kawan i nih.  Bila dapat tau, rupa-rupanya kawan i ni bermadu dan dia merupakan isteri yang ke-2.  Yang menyakitkan hati, pernikahan si suami dengan perempuan lain tu tidak diketahui oleh kawan aku.  I mmg simpati betul dengan kawan i ni dan berharap semoga dia akan terus tabah.  Sekarang ni, dia dalam kes mahkamah.  Kawan i dah pn tuntut fasakh.  I selalu baca blog dia hari2.  Bila kawan i ni dh update blog dia, i mmg semangat utk baca sbb nk tau apa kisah yang seterusnya.

Bagi i, kisah kawan i ni sebenarnya lagi pahit daripada kisah Abby.  Sebab bagi i, kisah lelaki main kayu tiga di belakang ni dah selalu jugak kita dgr.  Mcm kisah kawan i ni, kisah main kayu tiga jugak.  Tetapi yang lain nya, lelaki ni boleh pulak nikah dengan perempuan lain seminggu awal dari tarikh bernikah dengan kawan i.  I pn xtau la lelaki jenis apa dia nih??  I mmg cukup pantang kalau lelaki yang x tau nk buat keputusan.  Kalau dah x suka, bgtau la awal2, ini tidak.  Mesti nak main kayu tiga di belakang.  Konon nya dua2 sayang..Tapi kenapa isteri pertama yang di lebihkan???  Kepada kawan i, kalau terbaca blog i ni, sorry la i amek kisah ko sebagai contoh.  I pn geram jugak dekat laki tu…

Hurm…zaman sekarang mmg susah nk jmpa lelaki yang betul2 sejati. Jadi, x heran la perempuan lebih suka single zaman sekarang drpd asyik makan hati dengan perangai lelaki yang bukan lelaki nih.  Kepada para wanita di luar sana, sy sebagai wanita nak menyeru supaya wanita-wanita sekalian perlu bersedia dari segi fizikal dan mental kerana jika terjadi perkara sebegini pada kita (mintak simpang) at least, kita masih boleh berdiri teguh tanpa mengharapkan lelaki yang bukan lelaki ni..Sekian..

Advertisement
Friends Connect
Blogroll